in

“Thank you sayang walaupun…” – [VIDEO] Luahan Hati Cik B Kepada DSV Buat Ramai Tersentuh

Cik B Dsv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal akan pempengaruh yang merupakan anak kepada pengusaha perniagaan terkenal Datuk Seri Vida (DSV), yang mesra dipanggil sebagai Cik B yang sering berkongsikan tentang kehidupannya dan ibunya.

Kalau sebelum ini Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen ini membuat ramai geli hati apabila terdapat seorang budak lelaki menggelarnya ‘abang’ dalam salah satu videonya di TikTok gara-gara penampilannya.


Namun, perkongsian terbaharu pempengaruh berkenaan telah mencetuskan rasa hiba dalam kalangan netizen apabila dia meluahkan rasa kesyukuran kepada ibunya DSV yang menyayanginya sepenuh hati.

Screenshot 7 Horz 1

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Cik B mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana menyayanginya walaupun dirinya tidak sesempurna orang lain.

” I love you Mama. Terima kasih sebab sayang Cik B walaupun Cik B tak macam anak-anak kawan mama”. 

@cikb_havoc I love you mama thank you sebab sayang cikb walaupun cikb tak macam anak anak kawan mama:) #mother #thankyou #love #daughter ♬ Cry – Cigarettes After Sex

Perkongsian video sekitar 44 saat berkenaan menunjukkan dia sedang tidur di atas sofa sebelum didatangi oleh ibunya yang terus memanjat sofa berkenaan dan memeluk dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Cik B seakan-akan memahami apa yang cuba disampaikan oleh pempengaruh berkenaan.

Cats 67

Tidak kurang juga ada yang ‘cemburu’ dengan keakraban ibu dan anak ini dan ramai juga mendoakan keluarga mereka.

Terus min rasa nak call mak dekat rumah tu, apa dibuatnya tu…

Baca : [VIDEO] Cik B Sindir Bibik Sanggup Panjat Pagar Berdawai Lari Rumah Demi Ikut Lelaki

Bibik Cik B Lari Rumah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.