in

“Terus hilang garang” – Singa Viral Sebab Ada ‘Bangs’, Netizen Tertanya Siapa Yang Potongkan ‘Rambut’?

Singa Bangs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Singa jantan terkenal dengan stail ‘rambut’ unik yang mengelilingi wajahnya. ‘Rambut’ inilah yang memberikan seekor singa jantan itu rupanya yang garang, sesuai dengan gelarannya sebagai raja rimba.

2022 05 30 10.48.12 e1654311144951

Seekor singa di China mendapat perhatian warganet selepas gambarnya dengan gaya ‘rambut’ unik viral di media sosial. Kata pengguna laman sosial, stail ‘rambut’ singa ni dah buatkan haiwan itu tak nampak garang.


Portal Mothership melaporkan, singa jantan yang tinggal di Guangzhou Zoo mendapat perhatian ramai selepas gambarnya yang seolah-olah mempunyai bangs atau rambut depan viral di media sosial.

Joe Exotic Santa Rose County Jail e1654311210280

Selain menganggap potongan ‘rambut’ lain daripada lain ini menyebabkan singa jantan tersebut hilang macho, ada juga yang menyamakan rupa baru singa itu seperti bintang dokumentari Tiger King, Joe Exotic.

Netizen lain pula tertanya-tanya, bagaimanakah singa berkenaan mendapat stail ‘rambut’ uniknya itu. Ramai yang menganggap ia mungkin dilakukan pekerja di zoo terbabit. Pun begitu, ada juga yang meragui dakwaan terbabit kerana ia satu kerja gila untuk memotong ‘rambut’ haiwan liar seperti singa. Iya tak iya jugakkan, singa kot bukan kucing…

2022 05 30 10.48.14 e1654311245596

Mengulas isu ini, seorang pekerja zoo menjelaskan pihak mereka tidak berani untuk memberikan singa sebarang potongan rambut. Dia juga mengatakan, stail unik itu terjadi disebabkan cuaca lembap di Guangzhou.

“Seperti kucing, singa juga akan groom diri mereka dengan cara menjilat menggunakan kaki hadapannya untuk mengemaskan bulu. Disebabkan itu, mungkin rupa bulu singa akan berubah dari semasa ke semasa,” katanya.

Sumber: Mothership

Baca: “Kan dah mendapat” – Gara-gara Provok Singa Dalam Sangkar, Pekerja Zoo Jamaica Putus Jari Manis

PROVOK SINGA JARI PUTUS e1654310149362

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.