Pernah atau tak korang ada pengalaman kemalangan jalanraya? Sama ada sendiri mengalami kemalangan atau kejadian itu berlaku depan di mata.
Bila dah terjadi kemalangan sebegitu, maklumat penting antara mangsa dengan pesalah sangat diperlukan untuk membuat laporan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah dengan adil antara kedua-dua pihak.
Baru-baru ini, tular di TikTok tentang klip video yang memaparkan tindakan spontan seorang lelaki yang mencabut nombor plat milik kereta yang telah melanggar belakang keretanya ketika jalan sedang sesak.
https://www.tiktok.com/@redzwanshah/video/7054508910924811547?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8tDWJDBNkrl6i3m90VOsiZ4S3yD74xWddw3QXREbWfji%2BgvTPLWmESb6UpiwpFTUR029gAL%2B6f6c8nTpdGgA%3D&language=en&mid=7054508928343788315&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAArjEzXj6q-JtbhXP0Y-GmFOU28akZNc8dpP9YfjPupsXiZaNm0KwwI9ITeB-1u76N&share_app_id=1180&share_item_id=7054508910924811547&share_link_id=2eef9738-4634-4086-b048-86bbfa4467a6&source=h5_t×tamp=1642649685&u_code=dl89cikjgg64h0&user_id=7020698229357134875&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1
Difahamkan pemandu kereta Proton Saga itu tidak keluar dari keretanya selepas melanggar kereta lelaki itu di bahagian bumper belakang. Dek kerana terlampau geram agaknya, lelaki itu bertindak dengan mencabut nombor plat sebelum masuk semula ke dalam keretanya.
Tindakan yang tidak dijangka dari lelaki itu ternyata membuatkan ramai yang terkejut kerana belum pernah dibuat orang untuk mencabut nombor plat kereta semata-mata untuk menyelesaikan masalah berikutan kemalangan kecil itu.
“Dia nak terus bagi polis no plat ni yg langgar malas ckp bnyak” – Komen netizen
Menurut K! Online, kejadian mengejutkan yang turut dianggap sebagai menghiburkan itu berlaku di sebuah lebuhraya di Sungai Buloh namun tidak dapat dikenalpasti masa dan juga lokasi tepat insiden tersebut terjadi.
Korang semua make sure hati-hati okay kalau bawa kereta? Lagi-lagi kalau tengah hujan, kena double jaga keselamatan…