in

“Teruknya orang Kelantan…”

Page We

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni rasanya tak perlulah lagi nak adakan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata yang boleh mengundang kemarahan. Samalah macam lelaki ini yang telah membuat ramai tak puas hati sebab tiba-tiba memburukkan orang Kelantan mengenai perkara yang tak berkaitan.

Menurut Cari, seorang pengguna Twitter, Hijaz Pahron ibarat sengaja mencetuskan kemarahan dan perbalahan dalam kalangan pengguna lain.


Ku
gambar hiasan

Dia pada awalnya mengatakan bapanya mengadu buka puasa dalam talam di surau dan seorang pakcik menuangkan budu yang dibawa dari rumah ke dalam talam tersebut. Memandangkan bapa Hijaz Pahron tidak menggemari budu, maka dia terpaksa berpindah ke talam lain. Apa yang menjadi isu di sini ialah ayat terakhirnya.

T1 2
sumber: twitter

Dia juga menjelaskan berasa terkilan kerana tiada seorang pun yang mengasihani bapanya yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU). Apabila ramai yang mula kecam tindakannya itu, Hijaz Pahron menghantar tweet yang kedua.

T2 2
sumber: twitter

Ramai yang panas je baca pernyataannya dan menjelaskan yang salahnya dalam situasi itu ialah apabila pakcik tersebut tak considerate masa menuang budu tersebut dan hal ini tak ada kena mengena dengan negeri kelahiran Cik Siti Wan Kembang itu.

Twer
sumber: twitter

Ada juga yang mengutuk tindakannya ibarat sengaja ingin mengumpul retweet dan memberikan nasihat kepadanya.

Twer2
sumber: cari

Sengaja atau tidak, biar ini menjadi pengajaran buat semua supaya tak buat perkara macam ni lagi. Kenapa perlu provoke orang macam tu sekali kan? Bulan-bulan puasa ni, cuba jaga sikit perangai.

Baca: “You mau kepala pecah ke?”

T

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.