in

Teruja Tengok Istiadat Berbedak Putera Mateen & Dayang Anisha, Ini 5 Tradisi Menarik Perkahwinan Diraja Di Seluruh Dunia

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ada di antara korang yang mengikuti majlis perkahwinan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah yang baru sahaja sah menjadi suami kepada Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam sebentar tadi kan?

Macam yang ramai dah tahu, istiadat perkahwinan pasangan diraja ini telah dijadualkan untuk berlangsung selama 10 hari dengan acara puncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja yang dijadualkan pada 14 Januari di Istana Nurul Iman nanti.


Malam tadi, ramai yang tertarik apabila melihat Majlis Istiadat Berbedak anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanah Bolkiah ini. Rasanya kalau dekat Malaysia, istiadat berbedak ini adalah lebih kurang sama dengan Malam Berinai yang dibuat pada malam sebelum upacara pernikahan dijalankan.

Ceae9D358764Bfdcbb23C3717528Ab06

Jadi, sempena perkahwinan Putera Mateen dan Dayang Anisha ni, apa kata kita tengok adat dan tradisi perkahwinan diraja yang menarik dan unik di seluruh dunia. Jom tengok!

Artikel berkaitan: “Siap ada lagu” – Perkahwinan Putera Mateen Curi Tumpuan, Bakal Berlangsung Selama 10 Hari

Artikel berkaitan: [VIDEO] Tular Video Dayang Anisha Khatam Al-Quran, Netizen Puji Suara Lembut Bakal Isteri Putera Mateen

1. Tanggung perbelanjaan perkahwinan rakyat tak berkemampuan

Nur Jahan

Menurut pakar sejarah, Eugenia Vaninia, ramai kerabat diraja India yang telah membantu orang susah untuk membuat perkahwinan sebagai salah satu upacara utama untuk menyambut perkahwinan.

Ada beberapa rekod menunjukkan kerabat diraja telah mengaturkan perkahwinan hamba mereka dan orang-orang miskin termasuk anak yatim telah ditemui.

Paling terkenal apabila Permaisuri Mughal Nur Jahan dilaporkan telah mengaturkan sekurang-kurangnya 500 perkahwinan anak-anak yatim sepanjang pemerintahannya sebagai tanda berkongsi kasih sayang dengan rakyat.

2. Pertandingan ratu pengantin

1 39.Jpg

Pada kurun ke-16, maharaja-maharaja Rusia yang dipanggil sebagai “tsar” telah mengadakan peraduan seperti pertandingan ratu cantik untuk memilih pengantin.

Ketika itu, kesemua pembesar istana perlu membawa anak-anak perempuan mereka ke istana bagi mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang membolehkan tsar ini memilih siapa yang layak untuk menjadi pasangannya.

Bukan tu je, tsar juga mempunyai kuasa untuk menggunakan pertandingan ini bagi memilih pasangan untuk adik beradik lelakinya atau ahli keluarganya yang lain. Walaupun tsar mempunyai wanita pilihannya sendiri, pertandingan ini tetap perlu diadakan bagi memberikan keadilan serta mengelakkan konflik di antara kumpulan bangsawan.

3. Letak jambangan bunga di atas makam

Ddte8Iwuwaedabc

Kalau korang selalu mengikuti majlis perkahwinan diraja UK, korang mesti ingat Meghan Markle dan Kate Middleton telah letakkan jambangan bunga perkahwinan mereka di atas makam pahlawan yang tak dikenali di Westminster Abbey di London semasa majlis perkahwinan.

Tradisi keluarga diraja British ini sebenarnya dah diamalkan sejak zaman ibuda Ratu Elizabeth lagi. Lady Elizabeth Bowes-Lyon telah meletakkan jambangan bunganya di atas tugu peringatan ikonik itu ketika perkahwinannya dengan George VI pada 1923.

Perkara ini dilakukan bagi memberikan penghormatan kepada abang kesayangannya, Fergus yang telah terkorban di medan perang ketika Perang Dunia Pertama di mana mayatnya telah hilang di Perancis.

4. Rakyat wajib pakai baju tradisional

Qing Dynasty Wealth Gap The Rich Couple In Wedding

Maharaja Qing di China yang telah memerintah dari kurun ke-17 sehingga 1912 telah memandang serius dengan majlis perkahwinan mereka. Majlis perkahwinan maharaja Qing perlu memberikan cuti 20 hari kepada kerajaannya di mana tak ada orang yang boleh dihukum dengan apa-apa jenayah selama tempoh tersebut.

Pada hari perkahwinan pula, rakyat di seluruh negara wajib memakai pakaian tradisional berwarna merah dan hijau sebagai ucapan kebahagiaan perkahwinan pasangan tersebut.

5. Arca gula

Table With Sugar Figures For The Marriage Of Johann Wilhelm Duke Of Julich Copy.jpg

Bagi kerabat diraja Eropah pada zaman pertengahan telah memasukkan hidangan manis dalam majlis perkahwinan mereka. Ketika itu, gula dianggap sebagai simbol status, jadi disebabkan ini kerabat diraja telah menggunakan pelbagai cara untuk menunjukkan kemewahan dan kekuasaan mereka.

Gula akan diukir dalam bentuk sekecil-kecil arca dalam bentuk seperti naga atau arca sebesar gajah. Arca gula paling besar pernah direkodkan pada 1600 ketika perkahwinan Raja Henry VI dan Maria de Medici di mana arca raja ini telah dibuat bagi menggantikan tempatnya kerana tak hadir ke majlis tersebut.

Sumber: Hello Magazine India

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.