in

Tertikam Adik Sebab Bergaduh, Kakak Direman Tapi Tiada Keluarga Hadir Ke Mahkamah

kakak tertikam adik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam tular sebuah kes di mana seorang seorang kakak berusia 18 tahun telah tertikam adiknya yang berusia 16 tahun sehingga menyebabkan kematian disebabkan pertelingkahan.

Difahamkan, punca pergaduhan mereka adalah disebabkan kedua-dua mereka berebut tempat duduk di dalam kereta selepas pulang daripada sekolah.


Menurut laporan Harian Metro, pihak polis menerima panggilan mengenai kes tersebut kira-kira jam 2.15 petang semalam dan ia berlaku di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, Johor.

hmtro

Remaja perempuan berusia 18 tahun itu dikatakan membaling pisau ke arah mangsa kerana dia dipersenda oleh adiknya itu dan pisau tersebut tertikam mangsa sehingga menyebakan kematian.

Remaja 18 tahun itu ditahan reman selama enam hari mulai hari ini hingga 25 Oktober depan dan perintah reman itu dikeluarkan Majistret Normadiana Mamat di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Remaja berusia 18 tahun yang belajar di sebuah sekolah di Gelang Patah itu dibawa ke mahkamah pada 9.25 pagi dan menurut sumber dia berseorangan ke mahkamah kerana kesemua ahli keluarganya sedang berada di rumah mayat di Hospital Sultanah Aminah bagi proses bedah siasat mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca: “Gaduh dengan kakak sebulan lepas” –  Remaja Wanita Terima 6 Jahitan Akibat Ditikam Kunci

Ft Mangsa Tikaman Terima 6 Jahitan

 

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.