in

“Tersangkut pada jaring” – Guru Hilang 3 Hari Ditemui Maut Di Sungai Pahang

Syaz Ft 2024 11 26T155023.184

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang guru hilang sejak Ahad lalu akhirnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di mana dia ditemui maut di Sungai Pahang.

Difahamkan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan, Chenor, Pahang iaitu Murdani Bin Abd Rahman itu ditemui tersangkut pada jaring kira-kira 300 meter dari rumah rakit di Jeti Chenor, kira-kira jam 12:45 tengah hari tadi.


Artikel berkaitan: Seorang Lelaki Maut Lemas Lepas Jatuh Perigi Ketika Mahu Ambil Wuduk

Artikel berkaitan: 3 Individu Lemas Dihanyutkan Kepala Air Ketika Sertai Aktiviti ‘Water Rafting’ Di Sungai Jahang

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, mengesahkan pertemuan mayat guru terbabit.

“Pengecaman pun dapat disahkan oleh keluarga dan saya akan maklumkan fakta kes sekejap lagi.” katanya.

Mangsa yang berusia 53 tahun itu dilaporkan terjatuh ke Sungai Pahang ketika memancing bersama seorang rakan di rumah rakit dekat jeti Chenor, kira-kira jam 6 petang, Ahad lalu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk proses bedah siasat, Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nooradiwati Mohamed, bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Jengka 19, serta empat anak berusia antara 17 dan 28 tahun.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.