in

“Terpulang nak percaya ke tak” – Mia Sara Nafi Buka Tudung & Berparti

mia sara berparti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah video tular di TikTok yang memaparkan seorang artis berhijab dikatakan free hair dan sakan berparti bersama rakan-rakannya.

Perkara tersebut heboh di media sosial dan ramai yang berkata figura dalam video tersebut ialah Mia Sara.


https://www.instagram.com/p/CqUt28Sjx27/

Pun begitu, semalam pelakon yang menempa nama dalam industri hiburan sejak usia kanak-kanak itu menafikan bahawa individu dalam video tersebut adalah dirinya.

Menurut laporan Harian Metro, Mia atau nama penuhnya Mia Sara Nasuha yang berusia 17 tahun itu, mengambil pendekatan untuk tidak mudah melatah dan menyerahkan kepada masyarakat untuk menilai.

“Di zaman sosial media, fitnah dan gosip sebegini biasa berlaku. Orang boleh je letakkan gambar sesuka hati.

Di sini saya menegaskan gambar dan video yang tular itu bukan saya, tapi terpulang sama ada hendak percaya atau tidak.

Saya sendiri terkejut tidak tahu dari mana sumber cerita itu. Saya terima dengan hati terbuka kerana kalau saya komen lebih-lebih nampak seperti saya yang bersalah,” katanya.

Selain itu, bapa kepada pelakon Adamaya itu turut berharap segala kontroversi yang melanda anaknya itu dihentikan.

“Pada mulanya memang saya memberikan ruang buat Mia untuk membuat kenyataan namun lain pula jadinya. Oleh itu saya terpaksa mengambil pendekatan untuk bersuara bagi pihaknya.

Gambar dan video yang tersebar itu bukan Mia. Saya harap hentikan spekulasi dan fitnah. Apatah lagi, kita kini berada dalam bulan Ramadan,” katanya.

Jangan main fitnah je guys…

Baca: “Air sirap ke tu?” –  [VIDEO] Peminat Kecewa Tengok MK K-Clique Berhibur Di Kelab Malam

Ft Mk Clubbing Trec

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.