in

Terpaksa Rempuh ‘Divider’ Untuk Elak Langgar Kereta Lain, Tindakan Abang Lori Dipuji Netizen

lori 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kita sudah memastikan kenderaan yang akan dibawa dalam keadaan yang baik sebelum memandu namun kita masih tidak boleh mengelakkan sesuatu yang buruk terjadi pada diri kita.

Itulah situasi yang mungkin dihadapi oleh seorang pemandu lori yang hilang kawalan ketika sedang memandu lalu merempuh penghadang jalan.


Hilang kawalan, sempat elak kenderaan lain

Menerusi video rakaman dashcam yang dimuat naik oleh @perakpress di TikTok, memaparkan lokasi sebuah jalan yang sesak kerana salah satu laluan ditutup untuk kerja-kerja membaik pulih jalan.

Artikel berkaitan: Rempuh Penunggang Motosikal Dekat Lampu Isyarat, Warga Emas Mengaku Tidak Bersalah

Artikel berkaitan: Lebih Pentingkan Kereta, Netizen Berang Tindakan Pemandu Rempuh Ambulans

Tiba-tiba, sebuah lori besar meluncur laju di tepi laluan tersebut sehingga merempuh penghadang jalan yang berada di situ. Dalam masa yang sama, sebuah motosikal, kereta dan seorang pekerja pembaikan jalan sempat mengelak lori berkenaan.

Bagaimanapun, lori tersebut sempat dapat dihentikan dan tidak mencederakan sesiapa yang berada di lokasi itu. Difahamkan, kejadian itu berlaku semalam, Jalan Tanjung Rambai menghala ke Gerik, Perak.

@perakpress

Kejadian berlaku hari jni di Jalan tg rambai – air panas menghala ke Gerik.

♬ original sound – PerakPress – PerakPress

Netizen salute abang lori pandai kawal

Walaupun situasi itu membahayakan orang lain di situ, tindakan pemandu lori berkenaan dipuji oleh segelintir netizen kerana bijak mengelak dan tidak melibatkan kemalangan dengan pemandu yang lain.

lori 1 lori 2 lori 3

Dalam pada itu, seorang pengguna TikTok juga berkata dirinya berada di lokasi berkenaan ketika kejadian itu berlaku dan mengakui keadaan jalan di situ agak berbahaya.

lori 4

Alhamdulillah.. nasib baik sempat elak

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.