in

“Terpaksa buat kot” – [VIDEO] Aksi Wanita Robohkan ‘Barrier Gate’ Timbulkan Persoalan Netizen

runtuhkan barrier

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penghadang jalan atau barrier gate bukanlah sesuatu yang baru, kita biasa melihatnya di plaza tol lebuh raya atau tempat parking kereta hampir di semua bangunan.

Tujuannya tidak lain untuk menjaga keselamatan pemandu dan mereka yang menggunakan tempat meletak kereta atau lebuh raya selain mengenakan bayaran yang sepatutnya.


Kadangkala, barrier gate tersebut boleh mengalami kerosakan dan kita diperlukan untuk memanggil sesiapa yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Baru-baru ini, sebuah video telah tular di laman TikTok menunjukkan seorang wanita nekad meruntuhkan penghadang tersebut namun puncanya tidak diketahui mengapa.

https://www.tiktok.com/@lumiqahqizah/video/7111589620655197466?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7080453898682746370

Video yang berdurasi hampir seminit itu memaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang pemandu wanita keluar daripada keretanya kerana penghadang tersebut tidak terbuka lalu meruntuhkannya sebelum membawa keretanya keluar.

Aksi wanita tersebut membuatkan ramai netizen mempersoalkan tujuan serta sebab dia melakukan perkara tersebut.

Ada yang beranggapan barrier tersebut memang sudah rosak dan disebabkan itu dia terus merobohkan penghadang tersebut, ada juga yang merasakan dia terpaksa melakukan demikian kerana tiada yang membantunya.

bg

Mungkin ada sebab dia buat gitu…

Baca: “Biasalah budak ada mood dia” –  [VIDEO] Ramai Netizen Marah Kanak-kanak ‘Kacau’ Gambar Raya

tttantrum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.