in

“Termakan pujuk rayu dia” – Pelakon Didakwa ‘Cabut Lari’ Lepas Paksa Pelajar Wanita Gugur Kandungan

artis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pelakon terkenal didakwa melakukan persetubuhan dengan seorang penuntut universiti swasta berusia 21 tahun sehingga menyebabkan wanita itu hamil.

Namun, pelakon itu dikatakan telah ‘cabut lari’ kerana enggan bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan.


Menurut wanita yang tidak mahu mendedahkan namanya, dia kini terpaksa menanggung kesakitan akibat jangkitan di bahagian rahim selepas menggugurkan kandungan pada Oktober lepas.

Artikel berkaitan: “Dia mengandungkan saya” – Wanita ‘Spill Tea’ Pasal Pelakon Muka Jambu, Ramai Dah Jadi ‘Mangsa’?

Artikel berkaitan: Mengandungkan Isteri Orang, Lelaki 26 Tahun Kena Bayar Ganti Rugi RM30K

Katanya, pelakon lelaki itu berjanji akan menjaga dirinya apabila dia menggugurkan kandungan namun ‘menghilang’ selepas permintaannya ditunaikan.

Screenshot 2024 01 04 115510

“Saya sanggup menarik semula laporan polis dan menggugurkan kandungan selepas termakan segala pujuk rayunya yang konon mahu menjaga saya sebaik menggugurkan kandungan.

“Dia turut berjanji untuk mengahwini saya walaupun harapan untuk hamil lagi agak susah kerana mengambil ubat gugur janin.

“Malangnya kata-kata manis yang diberikan itu hanya untuk melepaskan diri dan tidak mahu bertanggungjawab sedangkan saya sekarang terpaksa berulang-alik ke hospital kerana mengalami jangkitan pada alat kelamin,” katanya.

Mahu pelakon terima balasan

Katanya lagi, doktor memaklumkan proses pengguguran melalui pil gugur janin yang diambil tidak berkesan sepenuhnya kerana ada janin yang masih berada di dalam badan.

Menurutnya, dia mendedahkan hal tersebut bukan untuk pelakon terbabit memperisterikannya tetapi mahu pelakon itu bertanggungjawab dan selesaikan masalah secara baik.

“Cuma ketika saya sedang berada pada fasa terendah dalam hidup saya sekarang ini, setidak-tidaknya tanyalah khabar dan beri sokongan serta selesaikan masalah ini secara baik.

“Namun saya pula kena tanggung kesakitan seorang diri, sementara dia seronok menikmati kehidupan seperti tiada apa yang terjadi,” katanya.

Wanita itu berharap, pelakon terbabit menerima balasan dan diheret ke muka pengadilan bersama-sama atas kesalahan yang telah dilakukan.

Kalau betul dakwaan, mohon pelakon tu bertanggungjawab!

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.