in

“Terlena tunggu orang beli nasi lemak…” – Kisah Makcik Jual Nasi Lemak Undang Sebak Netizen

collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai orang di dunia ini ingin mencari rezeki yang halal. Namun bukan semua orang berkemampuan untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap dan selesa.

Kisah makcik yang menjual nasi lemak di tepi jalan ini mendapat perhatian dan mengundang sebak di hati netizen. Sebuah hantaran di TikTok tular memaparkan gambar seorang makcik yang terlena sewaktu menjual nasi lemak di Pulau Pinang.


Artikel berkaitan: “Tak tahu kerja siapa” – Anak Sedih Kepuk & Batu Nisan Di Kubur Emak Kena ‘Kebas’

Artikel berkaitan: Luah Terpaksa Tinggal Berasingan Dengan Anak, Netizen Sebak Baca Kisah Pengorbanan Suami Isteri Ini

Hantaran tersebut mendapat 251,000 tontonan di TikTok. Pengguna TikTok yang dikenali sebagai @_kakpinat itu menyeru penduduk yang tinggal berdekatan Simpang Tiga Ara Kuda, Pulau Pinang untuk datang membeli nasi lemak jualan makcik itu yang berharga RM1.50.

snaptik 7540118243835514132 0

Di dalam kapsyen hantaran itu juga ada tertulis, perniagaan makcik itu kurang mendapat sambutan sejak beberapa hari ini. @_kakpinat turut mengajak orang ramai yang datang untuk membeli nasi lemak makcik itu walaupun sebungkus.

“Makcik meniaga buat 2kg beras sahaja. Atas meja tu baru ada seorang pembeli. Dalam tong nasi tu ada lagi nasi. Ini kejadian semalam. Adat berniaga. Saya faham, tapi pergilah support makcik tu. Saya sedih tengok dia terlena macam tu.” 

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan ingin menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban makcik ini. Malah, ada yang kata mereka teringat pada mak sendiri apabila nampak makcik yang berumur masih gigih mencari rezeki.

1 2

3

Sumber: TikTok 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.