Antara susuk yang ditakuti kaum Hawa adalah ibu mentua. Ada orang seronok dapat ibu mentua mesra, penyayang dan menerima menantu seadanya. Namun ada juga kes di mana dia tidak disukai ibu mentua dan tidak diterima.
Bagaimanapun, seorang wanita mengambil tindakan drastik dan mengejutkan kerana tidak tahan dengan sikap ibu mentuanya sendiri. Menurut Tribunnews, Dewi Asmara, 45, berasal dari Desa Lebung Itam, Indonesia itu telah meracuni ibu mentuanya berusia 61 tahun kerana tidak tahan sering dimarahi.
Ketika kejadian, Dewi telah menghidangkan ikan pindang salai yang telah diletakkan racun biawak sebanyak 1 senduk kepada ibu mentuanya bernama Noni. Disebabkan termakan hidangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia, malah beberapa ekor kucing juga dilaporkan turut ditemui mati. Menurut polis,
Diduga korban meninggal dengan mulut mengeluarkan busa usai menyantap makanan yang disajikan oleh menantunya sekitar jam 11.00 tadi siang (7 Mac 2021) dan di luar rumah ditemukan 3 ekor kucing yang ikut mati.”
Kata pihak polis, siasatan awal mendapati motif Dewi adalah sakit hati terhadap mangsa yang dikatakan sering memarahinya. Memandangkan mereka tinggal bersama, sering berlaku pergaduhan antara Dewi dan mangsa.
Difahamkan, beberapa kucing yang ditemui mati itu dipercayai termakan sisa lauk yang telah diracuni. Disebabkan perbuatannya itu, Dewi dilaporkan berdepan hukuman mati atau hukuman penjara 20 tahun.
Baca: Angkara Cemburu! Suami Cekik Isteri Sampai Mati Sebelum Minum Racun