Macam yang korang semua tahu, baru-baru ini penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman telah ditahan selepas memiliki tujuh pokok ganja dan berdepan dengan tuduhan mengedar dadah berbahaya.
Bagaimanapun, sebentar tadi Mahkamah Majistret telah pun melepaskan tanpa membebaskan penyanyi ini dari tuduhan mengedar dadah sekaligus terlepas dari hukuman gantung sampai mati, lapor Sinar Harian.
Bercakap dengan media, Yasin mengucapkan rasa lega dengan keputusan terbaharu dari mahkamah ini dan menganggap ianya satu perkembangan yang positif.
Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.
“Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya.”
Selain dari itu, abang kepada penyanyi ini Zain Sulaiman turut mengucapkan rasa syukurnya dengan keputusan ini walaupun Yasin tak dapat pulang untuk beraya bersama pada Aidiladha akan datang.
Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun Alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes yang Yassin hadapi ini.
“Saya harap rakan-rakan, teman akan terus mendoakan untuk Yasin.”
Untuk pengetahuan korang, Yasin kini dituduh atas kesalahan memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau tak kurang dari lima tahun dan sebatan tak kurang dari 10.
Baca: “Tiba masa Malaysia iktiraf penggunaan kanabis” – Syed Saddiq Bersolidariti Dengan Yasin Sulaiman