Hari ini negara kita menerima satu berita sedih apabila bekas presiden MIC, Tun S. Samy Vellu dilaporkan meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya dekat Jalan Ipoh, kira-kira jam 8 pagi tadi.
Berita ini disampaikan oleh Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang juga bekas presiden parti dalam komponen Barisan Nasional (BN) itu menerusi satu hantaran di Facebook.
Dengan penuh rasa sedih dan berat hati saya telah menerima satu berita tragik akan kematian Tun Samy Vellu, bekas president MIC dan seorang menteri yang ternama dalam Kabinet Malaysia dari anaknya, Vell Paari.
“Sumbangannya terhadap negara dan komuniti India akan sentiasa tersemat dalam memori kita,” tulisnya.
Samy Vellu yang pernah menjadi Ahli Parlimen bagi Sungai Siput dari 1974 hingga 2008 ini juga berkhidmat sebagai Menteri Kerja Raya dari 1983 hingga 1989 dan sekali lagi menjawat jawatan itu pada 1995 hingga 2008.
Takziah diucapkan kepada keluarga Tun Sammy Vellu. Berita lanjut akan menyusul nanti.
Baca: “Operation London Bridge” – Ratu Elizabeth II Mangkat, Ini Apa Yang Berlaku Selepas Ini…