Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 2,525 kes baru telah dilaporkan hari ini (31 Disember 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 113,010 kes.
Dari 2,525 kes ini, 2,512 adalah kes tempatan dan 13 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah sebanyak 23,598 kes.
Manakala 131 pesakit berada di ICU dan 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.
8 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 471 kes.
1481 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 88,941 kes.
Baca: [TERKINI] Masih Tinggi, 1,581 Kes Positif Baharu & 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini