Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui sidang media hari ini telah menyatakan SOP bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Berikut SOP dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang wajib dipatuhi semua:
𝐒𝐎𝐏 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓 (𝐏𝐊𝐏𝐁) 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑, 𝐖.𝐏. 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝐖.𝐏. 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) October 13, 2020
Kawalan Pergerakan
PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.
Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.
Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali bagi;
- Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.
- Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja.
- Pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah (work from home).
- Bagi mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.
- Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak PDRM.
Ini antara SOP rentas daerah yang perlu dipatuhi semasa PKPB.. – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri @IsmailSabri60#NormaBaharu #DisiplinMalaysia #HapusCOVID19 pic.twitter.com/Clfo8ohIKD
— Astro AWANI (@501Awani) October 13, 2020
Aktiviti Ekonomi dalam kawasan PKPB
- Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi.
- Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
- Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away sahaja. Walau bagaimanapun makan di premis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun ianya terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.
- Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
- Operasi pasar borong adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
- Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
- Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam. Walaubagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan pengawasan anggota RELA.
- Waktu operasi Stesen Minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian Stesen Minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam)
- Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas Ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi.
- Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
- Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.
Pengangkutan awam dibenarkan beroperasi..- Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri @IsmailSabri60#NormaBaharu #DisiplinMalaysia #HapusCOVID19 pic.twitter.com/hTq3Cwt48P
— Astro AWANI (@501Awani) October 13, 2020
Perubatan dan Kesihatan
- Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
- Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.
Sektor Ekonomi dan Industri
- Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.
- Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri.
Perikanan, Perladangan dan Pertanian
Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.
Pelabuhan dan Lapangan Terbang
Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.
Aktiviti keagamaan
- Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid untuk membenarkan azan dan mendirikan solat lima waktu dengan kehadiran 6 orang Jemaah yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid termasuk Imam.
- Manakala pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja.
Walau bagaimanapun cadangan ini akan dibawa kepada JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk diperkenankan.
Pendidikan
Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak – kanak ditutup dalam tempoh ini.
Walau bagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.
Sekolah, taska, tahfiz, pusat jagaan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk tempoh ini..- Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri @IsmailSabri60#NormaBaharu #DisiplinMalaysia #HapusCOVID19 pic.twitter.com/P6ND8YnNbx
— Astro AWANI (@501Awani) October 13, 2020
Seminar / Bengkel / Persidangan
Seminar/Bengkel/Kursus/Latihan/Persidangan/Ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan.
Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan latihan sahaja.
Mesyuarat
Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video manakala mesyuarat secara bersemuka adalah tidak digalakkan.
Penganjuran Majlis Keramaian
Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.
Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta serta majlis sosial seperti perkahwinan, pertunangan, kenduri, akikah, doa selamat dan sambutan ulang tahun tidak dibenarkan..- Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri @IsmailSabri60#NormaBaharu #DisiplinMalaysia #HapusCOVID19 pic.twitter.com/bE8upuiqZM
— Astro AWANI (@501Awani) October 13, 2020
Pelancongan
Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan.
#StayatHome #PKPB
Baca: Pelaksaan PKPB Di Selangor, KL, Putrajaya Dan Sabah, Semua Institusi Pendidikan Akan Ditutup