Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membela diri atas pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar hibrid bagi 369 sekolah dekat pedalaman Sarawak.
Menurut Berita Harian, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan isteri bekas Perdana Menteri berkenaan.
Mahkamah Tinggi KL perintahkan Rosmah Mansor untuk membela diri atas semua tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar pic.twitter.com/CD7mQKuz1x
— BERNAMA (@bernamadotcom) February 18, 2021
Selepas keputusan penghakiman dibaca, Rosmah kemudian telah memilih untuk memberi keterangan secara dari kandang saksi.
Terdahulu, sebelum prosiding bermula kira-kira jam 9.45 pagi, Datuk Seri Najib Razak telah dilihat memasuki kamar mahkamah bagi menemani isterinya dan mengikuti keputusan kes berkenaan.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk memberi sokongan kepada isterinya. pic.twitter.com/yfQTb31WtT
— BERNAMA (@bernamadotcom) February 18, 2021
Menerusi fakta kes, Rosmah, 69, dibicarakan atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin menerusi Rizal Mansor bagi membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di tiga tempat berasingan iaitu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta; di kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 hingga 7 September 2017.
Akhirnya keputusan kes sudah terjawab.