Melalui sidang media secara langsung sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa tuan rumah yang ingin mengadakan jamuan ketika Hari Raya Aidiladha Jumaat ini perlu patuhi SOP iaitu, hanya 20 tetamu dibenarkan berada di dalam rumah pada satu-satu masa.
Ketika ditanya wartawan tentang merentas negeri, beliau menjawab rakyat Malaysia masih dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Namun, setiap individu haruslah mendisiplinkan diri untuk mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakan sosial dan sentiasa mencuci tangan.
Sebenarnya tiada sekatan perjalanan, masih boleh balik kampung cuma patuhi SOP. Walau kerajaan benarkan balik kampung, kita kena pastikan diri terjaga dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.”
Baca: TERKINI: Kerajaan Sarawak Hadkan Pergerakan Perjalanan Antara Zon, Perlu Dapat Kebenaran Polis