Sudah terang lagi bersuluh guys, PRU14 akan diadakan tak lama lagi!
Baru minggu lepas pada 6 April 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasminya mengumumkan parlimen akan dibubar pada 7 April lalu untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal berlangsung tak lama lagi.
Selepas mengumumkan pembubaran, Barisan Nasional (BN) akhirnya membentangkan manifesto untuk pilihan raya ni pada hujung minggu lalu selepas cukup sebulan pihak Pakatan Harapan (PH) membentangkan manifesto mereka.
Dan awal pagi ini (10 April), Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengadakan mesyuarat untuk menetapkan tarikh pencalonan dan hari mengundi, bersama dengan tarikh pengundian awal. Dalam mesyuarat tu jugak, mereka membincangkan daftar pemilih yang akan digunakan dalam PRU14 ini, menurut NST.
Sebentar tadi, Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah baru saja mengumumkan dalam sidang media bahawa PRU akan diadakan pada hari Rabu (9 Mei 2018) dan tarikh pencalonan pula akan diadakan pada 28 April ini.
Tarikh pengundian awal pula akan diadakan pada 5 Mei.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata kepada NST yang mereka telah menerima notis pembubaran DUN sebelum menetapkan tarikh. Sebelum ni, tarikh mengundi dijangka akan diadakan pada 5 Mei (Sabtu).
Kalau anda sudah mendaftar sebagai pemilih, pastikan anda sudah check daerah pengundian sekali lagi sebelum membuang undi di tempat yang ditetapkan. Ingat, setiap undi itu dikira! Lakukan tanggungjawab anda kepada negara.
Baca: “Haram rosakkan undi. Tidak mengundi dan tak daftar sebagai pengundi juga haram…”