in

[TERKINI] PM Selesai Terima Suntikan Kedua, Jadi Individu Pertama Lengkapkan Vaksin Pfizer-Biontech

Meow

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas selang 21 hari menerima suntikan dos pertama vaksin COVID 19 pada 24 Februari lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah selamat menerima suntikan dos kedua bagi vaksin tersebut sebentar tadi.

Menurut rakaman Twitter Buletin TV3, Perdana Menteri telah menerima suntikan vaksin dos kedua Pfizer-Biontech di Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya.


Dengan ini, Muhyiddin telah menjadi individu pertama yang menerima dua dos lengkap vaksin tersebut yang akan memberi perlindungan terhadap jangkitan COVID 19.

Selain, Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan empat lagi petugas kesihatan juga menerima suntikan dos kedua tersebut hari ini.

161987788 10157795459736237 7254066687973578006 N

Sebelum ini, Muhyiddin telah menerima suntikan dos pertama vaksin tersebut dan memaklumkan tidak mengalami sebarang kesan sampingan merbahaya dan hanya mengalami kesan sampingan ringan iaitu sakit di tempat suntikan yang sembuh tanpa sebarang rawatan.

Wah! Harap-harap lepas ni lancarlah turn rakyat pulaklah dapat suntikan vaksin ni ye. 

Baca: “Saya rasa sihat, tak ada demam” – PM Kongsi Pengalaman Sehari Lepas Terima Vaksin, Tidak Alami Gejala Luar Biasa

Muhyiddin

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.