Dalam sidang media Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di semua negeri kecuali Sarawak bermula tengah malam 22 Januari 2021 sehingga 4 Februari 2021.
Negeri yang terlibat termasuk:
- Kedah
- Pahang
- Perak
- Negeri Sembilan
- Terengganu
- Perlis
SOP di negeri-negeri ini juga akan ikut garis panduan yang sama seperti negeri lain seperti tak dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri. Manakala kedai makan pula hanya dibenarkan beroperasi mulai 6 pagi hingga 8 malam.
Berhubung isu panjangkan waktu operasi kedai makan pula, Ismail Sabri berkata Majlis Keselamatan Negara kini sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai perkara tersebut dan akan beritahu sekiranya ada perubahan.
Baca: [TERKINI] PKP Di Seluruh Kelantan Bermula Esok Hingga 26 Januari Ini