Selepas Taman Wilayah dan Taman Desa Bakti di Selayang serta sebahagian kawasan Jalan Ampang dan Chow Kit di ibu negara diletakkan di bawah PKP ‘disasarkan’, kini PJ Old Town menjadi lokasi terbaharu perintah tersebut.
Pasar Basah Jalan Othman dan kawasan komersial sekitar dikenakan sekatan tersebut susulan peningkatan kes Covid-19, lapor FMT.



Difahamkan kawasan seluas 100 ekar tersebut kini dipagar kawat duri dan dikawal pasukan keselamatan bagi menghadkan pergerakan keluar masuk.
Pihak berkuasa termasuk anggota tentera dilihat memasang pagar kawat duri untuk menyekat beberapa laluan ke pasar itu dan kedai berhampiran, termasuk stesen bas.
Foto dan video kawasan tersebut dipasang kawat duri viral di media sosial.
https://www.facebook.com/xpertgadgetmy/posts/544483466267808
https://www.facebook.com/afoDT/posts/2582135058708455
Untuk rekod pasar Old Town sebelum ini ditutup pada 27 April selepas seorang peniaga berusia 51 tahun di bahagian makanan laut positif Covid-19.

