Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hari ini telah mencapai kata sepakat untuk membentuk kerajaan bersama di Pahang dan Perak.
Menurut FMT, perkara ini telah disahkan oleh sumber PH dan wakil BN akan menjadi menteri besar di Pahang, manakala wakil PH pula akan menjadi menteri besar di Perak.
Menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu, PH telah mendapat 24 kerusi di Perak dan ia diikuti PN dengan 26 kerusi dan BN, 9.
Apabila PH dan BN bergabung, kedua parti ini akan membentuk majoriti dua pertiga di Perak iaitu 33 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai keseluruhan 59 kerusi.
Manakala di Pahang pula, BN mendapat 16 kerusi, PH dengan 8 kerusi dan PN pula 17 kerusi.
Gabungan PH dan BN akan mendapat 24 kerusi dari 41 kerusi di DUN Pahang. Gabungan tersebut membentuk majoriti mudah namun tidak sampai dua pertiga.
Dalam pada itu, Perikatan Nasional (PN) akan membentuk kerajaan di Perlis dengan 14 dari 15 kerusi, yang mana PH memenangi 1 kerusi sahaja. BN pula gagal mendapat sebarang kerusi di Perlis.
Apa-apapun kita doakan semoga urusan pembentukan kerajaan bagi semua negeri berlaku dalam keadaan aman, tanpa sebarang pergolakan.
Baca: Ini Nama-nama ‘Gergasi’ Yang Kalah Dalam PRU15 Semalam