in

[TERKINI] Petugas Media Berkerumun di Penjara Sungai Buloh Tunggu Ketibaan Najib Razak

ft petugas media tunggu najib dekat penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keputusan mahkamah telah terjawab apabila Datuk Seri Najib Razak tetap disabitkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana SRC International. Perintah hukuman tersebut dikuatkuasakan mulai hari ini.

Susulan dengan itu, difahamkan kini petugas media sudah berkerumun di Penjara Sungai Buloh sedang menunggu ketibaan bekas Perdana Menteri Malaysia itu.


Walau bagaimanapun menerusi update terbaru dari wartawan Astro AWANI di lokasi, bekas perdana menteri berkenaan bakal dibawa ke Penjara Kajang dan tidak akan dihantar ke mana-mana penjara transit sebelum itu.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai hal tersebut dan pihak peguam mahupun keluarga Najib juga masih belum membuat apa-apa sidang media berkenaan isu ini.

Terdahulu, peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah bahawa peguam TS Muhammad Shafie Abdullah akan membantunya kendalikan rayuan itu.

Hisyam memohon tangguh kes untuk tunggu Shafie, namun mahkamah mengarahkan prosiding diteruskan. Malah, ketua Hakim juga mengarahkan Hisyam memulakan penghujahan lisan mengenai permohonan agar dia menarik diri daripada mempengerusikan panel hakim.

Bagaimanapun, permohonan penangguhan itu ditolak dan mahkamah juga tolak permohonan peguam Najib untuk ketepikan Tengku Maimun dengar prosiding rayuan.

Berita lanjut bakal menyusul. 

Baca : [TERKINI] Mahkamah Tolak Rayuan Kes SRC Najib, Sabitan & Hukuman Dikekalkan

malaysia politics corruption 085717 2567502 20220816204607

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.