Keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi memuktamadkan Total Lockdown fasa pertama di seluruh negara selama 14 hari iaitu bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.
Dalam kenyataan media pejabat perdana menteri memaklumkan sepanjang tempoh tersebut SEMUA SEKTOR tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu.
Ini merupakan kenyataan media pejabat perdana menteri keseluruhannya :
Keputusan ini dibuat selepas negara memperlihatkan kes harian melebihi 7 ribu kes dengan hari ini menghampiri 9 ribu kes positif covid-19 setiap hari.