Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 660 kes baru telah dilaporkan hari ini (13 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 16,880 kes.
Daripada 660 kes ini adalah 658 kes tempatan dan 2 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 5345 kes.
Manakala 101 pesakit berada di ICU dan 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.
4 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 163 kes.
350 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 11,372 kes.
Baca: [TERKINI] 354 Kes Baru, 188 Kes Sembuh & 6 Lagi Kematian Dilaporkan Hari Ini