Setelah berapa lama akhirnya ada update baru pasal kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Malay Mail, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaklumkan tengah hari tadi berkenaan penangkapan Najib selepas menyoal siasat beliau di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya tadi.

SPRM turut mengesahkan bahawa beliau ditahan berhubung kes 1MDB berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
“Penangkapan dilakukan pada jam 4.13pm hari ini (19 September) di Ibu Pejabat di Putrajaya.
“Mohd Najib akan menghadapi beberapa tuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.”

Melalui kenyataan yang dikeluarkan, Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 September 2018 jam 3.00 petang untuk pertuduhan di mahkamah.

Perkembangan terbaru mengenai kes ni akan menyusul nanti.
Baca: Lepas Tok Pa dan Anifah Aman, Hishamuddin Pulak Akan Keluar UMNO?