Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 147 kes baru telah dilaporkan hari ini (23 September 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 10,505 kes.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 770 kes.
Manakala 8 pesakit berada di ICU dan 2 kes memerlukan bantuan pernafasan.
3 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 133 kes.
39 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 9,563 kes.
Baca: [TERKINI] 82 Kes Baru, 168 Kes Sembuh & Tiada Kematian Dilaporkan Hari Ini