Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 919 kes baru telah dilaporkan hari ini (12 November 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 42,872 kes.
Dari 919 kes ini, 916 adalah kes tempatan dan 3 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 11,419 kes.
Manakala 92 pesakit berada di ICU dan 35 kes memerlukan bantuan pernafasan.
1 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 303 kes.
996 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 32,069 kes.
Baca: [TERKINI] 822 Kes Positif, 769 Kes Sembuh & 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini