Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 1,600 kes baru telah dilaporkan hari ini (7 Disember 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 74,294 kes.
Dari 1,600 kes ini, 1,597 adalah kes tempatan dan 3 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 11,604 kes.
Manakala 129 pesakit berada di ICU dan 57 kes memerlukan bantuan pernafasan.
2 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 384 kes.
1,033 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 62,306 kes.
Baca: [TERKINI] 1,141 Kes Positif Baru & TIADA Kematian Dilaporkan Hari Ini