in

[TERKINI] Mahkamah TOLAK Permohonan Najib Untuk Beri Bukti Tambahan

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Persekutuan sebentar tadi telah menolak permohonan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengemukakan bukti pembabitan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam kes SRC International dua tahun lalu.

Menurut FMT, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengatakan permohonan untuk memberikan bukti tambahan menyatakan Mohd Nazlan mempunyai konflik kepentingan ketika membicarakan kesnya itu tidak memenuhi kriteria undang-undang.


Selain itu Tengku Maimun turut mengatakan, berdasarkan pemerhatian mahkamah, hakim-hakim lain mengatakan mereka tidak melihat bagaimana bukti tambahan melibatkan Mohd Nazlan bekerja dengan Maybank dahulu ada kaitan dengan penyalahgunaan kuasa yang didakwa ke atas Najib di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Najib Razak Court 160822 Bernama 672X420 1

Jika benar pun Maybank terlibat, persoalannya bagaimana bank dan penglibatan Hakim Nazlan ada kena mengena dengan tuduhan penyalahgunaan kuasa?”

Tak cukup dengan itu, Ketua Hakim Negara turut mengatakan tiada asas yang menunjukkan penglibatan Nazlan dengan Maybank mempengaruhi keputusan untuk menjatuhkan hukuman terhadap penyalahgunaan kuasa.

Kami ingin nyatakan sekali lagi bahawa kami tidak meneliti kesahihan keputusan Nazlan terhadap salah guna kuasa. Ini adalah persoalan untuk rayuan.”

Malah, mahkamah juga turut meneliti bahawa tiada bukti menyatakan keputusan Nazlan memutuskan bahawa Najib bersalah ada agenda lain selain berdasarkan bukti-bukti yang diberikan di mahkamah semasa perbicaraan 2019.

Hakim lain yang mendengar permohonan Najib ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim serta hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, Mary Lim dan Zabidin Mohd Diah.

Terbaru, Panel hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara turut sebulat suara menolak permohonan pasukan pembelaan untuk menangguhkan pendengaran.

 

Baca: Rasuah SRC International : Peguam DS Najib Anggap Hakim Nazlan Ghazali ‘Berat Sebelah’?

Ft Rayuan Rasuah Src Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.