Nampaknya semakin hari semakin ramai orang-orang politik disahkan positif Covid-19.
Baru-baru ini, veteren Umno dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra dengan sapaan Ku Li telah disahkan dijangkiti virus Covid-19.
Menurut The Star, Ku Li kini sedang menerima rawatan di wad Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas keputusan saringannya positif. Bagaimanapun, sumber memberitahu bahawa Ku Li berada dalam keadaan stabil.
Difahamkan, Ku Li merupakan kontak rapat kepada ADUN Nenggiri, Ab Aziz Yusof yang juga disahkan positif Covid-19 bersama-sama ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dan Ketua Pemuda Umno Gua Musang Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.
Tak cukup dengan itu, seramai empat menteri telah disahkan positif Covid-19 iaitu Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah.
Semoga semuanya diberikan kesembuha. Aminnn