Baru sebentar tadi, Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan mengeluarkan sebanyak RM250 bilion untuk Pakej Rangsangan Ekonomi bagi membantu rakyat.
Antaranya adalah:
- Elaun khas untuk doktor, jururawat dan petugas kesihatan akan dinaikkan dari RM400 ke RM600 sebulan hingga wabak berakhir
- Pihak berkuasa seperti PDRM, ATM, RELA dan lain-lain yang terlibat dalam menjaga Perintah Kawalan Pergerakan akan mendapat penambahan elaun sebanyak RM200 sehingga wabak berakhir.
- Bantuan Prihatin Nasional bernilai RM10 bilion kepada golongan M40, termasuk pekerja swasta, petani, nelayan dan lain-lain.
- RM1600 kepada pendapatan isi rumah 4k ke bawah
- RM1000 kepada pendapatan isi rumah 4k-8k sebulan
- RM800 kepada individu bujang berpendapatan 2k ke bawah
- RM500 kepada individu bujang 21 tahun ke atas yang berpendapatan 2k-4k sebulan
- RM200 kepada pelajar IPT