Menerusi sidang media pengumuman khas Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri sebentar tadi, kerajaan kini telah membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
Keputusan ini dibuat selepas mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan dari semua pihak terutamanya rakyat yang terkesan ekoran pandemik yang melanda.
Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.
Justeru, Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
Perincian pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh @MOFmalaysia dan @KWSPMalaysia pic.twitter.com/iY4rfVWgFf
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) March 16, 2022
Namun begitu, Ismail Sabri mengakui bahawa ini adalah keputusan yang sukar dibuat kerana ia melibatkan simpanan hari tua namun terpaksa dibuat bagi mengimbangi keperluan mendesak hari ini.
Perdana Meneteri turut merayu agar pencarum tidak mengeluarkan simpanan ini kecuali jika keadaan mendesak dan berharap agar rakyat membuat pertimbangan sewajarnya.
Maklumat lanjut mengenai pengeluaran KWSP yang terbaharu ini akan dijelaskan dengan lebih terperinci oleh Menteri Kewangan tak lama lagi.
Baca: Mansuh Syarat i-Sinar, KWSP Ambil Sedikit Masa Untuk Membuat Perubahan Sistem