in

[TERKINI] Keputusan Bedah Siasat Punca Kematian Nora Anne Quoirin Dijangka Pukul 2 Petang Hari Ini

Featured 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas hampir 72 jam menunggu laporan bedah siasat melibatkan remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, polis hari ini memaklumkan yang keputusan punca kematian Nora dijangka akan diumum dalam sidang media kira-kira 2 petang di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Memetik Berita Harian, semalam proses bedah siasat ke atas mayat Nora Anne, 15 tahun dimulakan pada pukul 11.45pagi dan dilaporkan selesai kira-kira 9.25 malam.


Proses yang dikendalikan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng dan Pakar ForensikHTJ, Dr Hanif Mohammad turut dibantu pakar dari Jabatan Kimia, Dr Aidora Saedon dan dari Jabatan Forensik, Sufian Arshad Ahmad.

https://www.facebook.com/MalaysiaGazette/videos/2334106013473285/?__xts__[0]=68.ARAGtfdU_a3W8Roz6XbawgbJz5a-85f8fsuqADb3AYqR9XMQoWDqBshcoWLutI8GfpUHNPSqXiQUivjPSAj-jPR53_PTcDbIHq2az61nI4UZoszVBnLgYWd7ag6NqbEbTLLsZYWUINsqmELuG0u1WZzjKy_zVaYzAylYj0vELr29SbaFJyhRvxKJNAZx17V_YjiKlqUJ5MQb0KYOsNQASR8Ko5_pax3CnihHETnqMEkzE0DqqC-beB3hQQJwr8vyPDMKOhYoyVsyNZGZKVIvJ5E5NFMYwe9pl-UCvHV8ZljIAT-08qMogWe_DwUEMvK9bDt8zvZ9oh9GV5zY&__tn__=-R

Bagi mendapatkan perkembangan berkaitan kes kematian remaja Ireland terbabit, kira-kira 30 pengamal media berkumpul di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.

Mereka yang terdiri daripada media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul seawal pukul 7 pagi susulan malam tadi Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman memaklumkan akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan punca sebenar kematian, hari ini.

Bnc
Sumber: bernama news channel

 

Tak sabar nak tau apa punca kematian Nora, hurmmm.

Baca : Percutian indah bertukar tragik- Kronologi PENUH Kes Kehilangan Remaja Ireland Nora Anne Quoirin

Nnn

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.