Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 1,925 kes baru telah dilaporkan hari ini (29 Disember 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 108,615 kes.
Dari 1,925 kes ini, 1,915 adalah kes tempatan dan 10 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah sebanyak 21,443 kes.
Manakala 117 pesakit berada di ICU dan 55 kes memerlukan bantuan pernafasan.
2 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 457 kes.
1,123 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 86,715 kes.
Baca: [TERKINI] Masih Tinggi, 1,581 Kes Positif Baharu & 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini