Baru saja kami post pasal keluhan hati ibu penyamun kedai dobi semalam, kini ada update terbaru dari kes tersebut.
Menurut Utusan Online, ibu kepada salah seorang suspek yang berusia 21 tahun telah menyerahkan anaknya kepada polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Muda pada jam 1.30 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, pihak polis kini sedang buru seorang lagi suspek yang terlibat dalam kes tersebut.
Lelaki yang diserahkan oleh ibunya kepada polis tu jugak akan direman esok, kata Mior.
Menerusi laporan Sinar Harian, selain suspek, isterinya yang berusia 30-an jugak diserahkan ibu suspek ke balai polis. Kedua-dua pasangan suami isteri tu dilaporkan tinggal kat Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Tambah Mior, isteri suspek jugak mengaku terlibat dalam kes ni kerana berada di dalam kereta suspek semasa suspek dan rakan melakukan jenayah.
“Suspek mengaku terlibat dua kes samun sepertimana tular di media sosial.
“Isteri suspek berada dalam kereta ketika suspek dan rakan melakukan jenayah,” katanya.
Kes ni disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Aduhai… makin sebak fikirkan perasaan ibu suspek.