Nampaknya teka-teki bila sekolah akan dibuka semula hampir terjawab tak lama lagi. Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin baru mengumumkan bahawa garis panduan untuk pembukaan semula sekolah akan diedarkan mulai esok.
Garis panduan ini telah dibuat secara perinci dan mengambil kira pergerakan pelajar dari pelajar tiba ke sekolah sehingga pulang, lapor BERNAMA.
Kita keluarkan garis panduan ini bagi melihat apakah kaedah yang perlu dilakukan dalam konteks pembukaan sekolah dan bagi memastikan bila sahaja kita umumkan pembukaan maka setiap sekolah telah bersedia.
Dr Mohd Radzi juga mengatakan, dengan garis pandua ini, ibu bapa tak perlu risau menghantar anak ke sekolah selain perlu didik anak-anak untuk berdisiplin dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial.
Apabila KKM dan MKN merasakan sudah sampai masanya sekolah dibuka, maka kita akan umumkan dua minggu sebelum ia dibuka. Kami belum menetapkan sebarang tarikh.”
Tambahnya lagi, pembukaann sekolah nanti hanya melibatkan pelajar tingkatan 5 dan 6 saja dengan hampir 3,000 sekolah menengah di seluruh negara akan dibuka.