in

[TERKINI] Belanjawan 2024 : Subsidi Bagi Golongan ‘Maha Kaya’ Dihentikan

ft belanjawan 2024 subsidi elektrik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, berlangsungnya sesi pembentangan belanjawan 2024 kali ke-2 yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.

Seperti kebiasaan, sesi pembentangan belanjawan setiap tahun pastinya ditunggu-tunggu oleh ramai pihak dan Belanjawan Madani 2024 memperuntukkan RM393.8 bilion, belanjawan tertinggi pernah dibentangkan.


Screenshot 2023 10 13 160748 horz

PMX memulakan sesi pembentangan belanjawan dengan statistik yang positif, antaranya kadar pengangguran negara yang turun iaitu 3.4%, nilai pelaburan sejumlah RM150 billion dan lain-lain dengan anggaran hasil negara sebanyak RM303.2 billion. 

Ekonomi MADANI dicerakin kepada tiga tumpuan utama iaitu Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan; Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan; dan Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.

Selain itu ini antara beberapa perkara yang menarik diumumkan oleh PMX dalam sesi pembentangan belanjawan 2024 tersebut antaranya pengenalan penyasaran semula subsidi yang akan dijalankan secara bersasar. 

Artikel berkaitan : Kerajaan Bakal Hapuskan Pengkelasan B40, M40 & T20 Tahun Depan – Rafizi Ramli

Artikel berkatian : “Kita hidup susah, dia nak hidup pun susah” – Ini Jawapan PMX Lepas Kakitangan Awam Gesa Naik Gaji

Salah satu daripadanya yang disebut adalah kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar dengan peruntukan RM55 juta subsidi elektrik yang diteruskan dan hanya dikurangkan dan kenaikan hanya berlaku kepada golongan 10% dan tidak menjejaskan pengguna lain. 

Dalam masa yang sama, pendekatan subsidi elektrik bersasar mengikut penggunaan bakal diperkenalkan. Dalam erti kata lain, pengguna harus mempraktikkan kecekapan tenaga dan amalan berjimat dalam penggunaan elektrik harian termasuklah di pejabat-pejabat kerajaan seluruh negara. 

Screenshot 2023 10 13 164334

Untuk itu, rebat bil elektrik juga diberikan sehingga RM40 sebulan yang akan memberikan manfaat kepada lebih 142,000 isi rumah miskin tegar dan bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri untuk 120,000 isi rumah miskin juga dikecualikan.

Sumber : Parlimen Malaysia

Sumber: Parlimen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.