Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin, 86, meninggal dunia di Hospital Assunta di Petaling Jaya, pagi ini.
Menurut Malaysiakini, peguamnya Gurdial Singh Nijar telah mengesahkan hal tersebut.
Ya. Benar dia meninggal dunia. Pengebumian dibuat pagi ini,” katanya.
Gurdial berkata, Tun Daim mengalami strok baru-baru ini dan diletakkan di unit rawatan rapi (ICU). Namun setakat ini, belum ada maklumat lanjut mengenai urusan pengembumiannya.
Artikel berkaitan: “Kita tidak akan menambah hutang lagi. Kita bukannya bodoh” – Tun Daim
Bekas menteri kewangan pada 1984 ke 1991
Tun Daim memulakan kerjaya politiknya apabila dilantik sebagai senator pada tahun 1980 hingga 1982. Kemudian pada 1982, beliau bertanding di kerusi Kuala Muda dan memenangi kerusi tersebut.
Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 14 Julai 1984 setelah Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan jawatan itu kepadanya dan bermulanya era beliau sebagai pengurus dan pentadbir wang negara.
Namun selepas 6 tahun memegang jawatan itu, Tun Daim meletak jawatan pada 15 Mac 1991 sebelum kembali semula memegang jawatan yang sama pada Januari 1999, selepas Menteri Kewangan pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada Kabinet.
Al Fatihah…
Sumber: Malaysiakini