in

[TERKINI] Beberapa Kawasan Di Lembah Klang Mula Banjir, Ramai Luah Rasa Risau

collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya pada bulan Februari dan Mac, hujan dah tak selalu turun. Tapi dari minggu lepas, hujan berterusan turun setiap hari.

Malah sekarang di media sosial, ramai netizen telah kongsikan beberapa gambar dan video menunjukkan beberapa kawasan di Lembah Klang telah mula dinaiki air.


Menerusi info yang dikongsikan oleh orang awam dapat dilihat juga banyak kereta telah tersangkut di dalam banjir di kawasan lebuhraya NPE dan Sungai Besi sehingga mangsa dapat dilihat cuba keluar dari kenderaan dan duduk di atas bumbung kereta.

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1500753209295396866

Menerusi Facebook, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut mengeluarkan amaran mengesahkan perkara ini dan melaporkan beberapa kawasan yang telah pun mula dinaiki air.

https://twitter.com/rudyakhbar_/status/1500749542081249280

Untuk makluman kawasan yang dilaporkan telah mula di naiki air sekitar Balai Dang Wangi.
– Jalan Sultan Ismail / Jln Ampang
– Jalan Leboh Ampang
– Jalan Raja Laut (Sogo /Pertama)
– Jalan Kia Peng / Jalan Raja Chulan.

Sungai Yang Melepasi Paras Amaran
1. Sentul – Sg Batu
2. Jambatan Sulaiman – Sg Klang
3. Lebuh Pasar – Sg Klang
4. Jalan Parlimen – Sg Gombak

Sungai Yang Melepasi Aras Bahaya
1. Jalan Tun Razak – Sg. Gombak

https://www.facebook.com/100069396631410/posts/259891449667408/?d=n

Ekoran ini, ramai netizen telah meluahkan kebimbangan dorang melihat paras air yang semakin naik. Tambahan lagi perkara ini bukanlah satu fenomena yang biasa berlaku pada bulan Mac.

Screenshot 2022 03 07 at 5.14.13 PM down

Kalau korang tengah dalam perjalanan untuk pulang ke rumah, tolong sentiasa hati-hati dan make sure utamakan keselamatan diri ok?

 

Baca: “Sampai paras atas pintu” – Netizen Terkejut Tengok Selut Tinggi Akibat Banjir Teruk Di Terengganu

page selut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.