Kerajaan akan memperuntukkan Bantuan Keluarga Malaysia sebanyak RM 2,500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM 2,500 ke bawah yang mempunyai lebih 5 orang anak.
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2023 hari ini turut menyatakan isi rumah berpendapatan kurang dari RM 2,500 yang mempunyai 1 hingga 4 anak akan menerima RM 1,000 hingga RM 2,000 dan tambahan RM 500 kepada ibu/bapa tunggal.
Dalam pada itu, kadar cukai pendapatan individu dikurangkan kepada 2 mata peratus dan pemberian subsidi bil elektrik sehingga RM40 akan diperluas mengikut PGK Makanan iaitu isi rumah berpendapatan RM 1,169 ke bawah berbanding syarat semasa RM 980 ke bawah.
Baca : Tengku Zafrul Umum 2023 Bakal Menjadi Tahun Mencabar Untuk Semua Negara Sebab…