Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 851 kes baru telah dilaporkan hari ini (2 Disember 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 68,020 kes.
Dari 851 kes ini, 847 adalah kes tempatan dan 4 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 10,686 kes.
Manakala 122 pesakit berada di ICU dan 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
2 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 365 kes.
658 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 56,969 kes.
Baca: [TERKINI] Masih Tinggi! 1,472 Kes Positif Baru, 1,552 Kes Sembuh & 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini