Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 822 kes baru telah dilaporkan hari ini (11 November 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 42,872 kes.
Dari 822 kes ini, 815 adalah kes tempatan dan 7 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 11,497 kes.
Manakala 86 pesakit berada di ICU dan 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.
2 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 302 kes.
769 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 31,073 kes.
Baca: [TERKINI] Naik Balik! 1,054 Kes Positif Baru & 12 Kematian Dilaporkan Hari Ini!