in

[TERKINI] 6 Negeri Ini Akan Jalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 Bermula Rabu Ini!

Screenshot 2021 01 11 At 6.02.16 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas beberapa hari berteka-teki mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya sebentar tadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab persoalan rakyat dalam perutusannya.

Menurut Muhyiddin, kerajaan memutuskan PKP akan dilaksanakan mulai jam 12.01 tengah malam Rabu 13 Januari selama 14 hari dan akan tamat pada 26 Januari 2020.


Bagaimana pun, perlaksanaan PKP ini hanya akan melibatkan 6 negeri dengan kes tertinggi iaitu Selangor, , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya, Melaka, Sabah, Johor,  dan Pulau Pinang.

Sepanjang tempoh PKP ini, sebarang aktiviti sosial TIDAK dibenarkan di kawasan yang terlibat.

Rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara manakala rentas daerah pula tidak dibenarkan di kawasan PKP.

Negeri-negeri yang dikenakan perlaksanaan PKP hanya dibenarkan keluar dalam radius 10KM dan hanya dua orang sahaja dibenarkan untuk keluar membeli keperluan asas seperti makanan dan sebagainya.

 

Baca: “Dah capai breaking point” – Mungkin Tak Dapat Nak Tampung Pesakit, KKM Cadang Kerajaan Buat PKP Bersasar

Screenshot 2021 01 11 At 5.03.53 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.