Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 1,220 kes baru telah dilaporkan hari ini (17 Disember 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 89,133 kes.
Dari 1,220 kes ini, 1,214 adalah kes tempatan dan 6 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 14,671 kes.
Manakala 113 pesakit berada di ICU dan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.
3 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 432 kes.
1,297 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 74,030 kes.
Baca: [TERKINI] 1,295 Kes Positif Baharu & 7 Kematian Dilaporkan Hari Ini