in

[TERKINI] 1,012 Kes Positif Baharu & 4 Kematian Lagi Dilaporkan Hari Ini

Noor Hisham Abdullah2 03072020 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 1,012 kes baru telah dilaporkan hari ini (8 Disember 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 75,306 kes.

Dari 1,012 kes ini, 1,005 adalah kes tempatan dan 7 kes import.


Negeri Selangor melaporkan jumlah kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 417 kes (41.2 peratus), diikuti oleh negeri Sabah 271 kes (26.8 peratus) dan negeri Johor sebanyak 108 kes (10.7 peratus).

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 10,862 kes.

Manakala 126 pesakit berada di ICU dan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.

4 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian sebanyak 388 kes.

1,750 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 64,056 kes.

 

Baca: [TERKINI] 1,141 Kes Positif Baru & TIADA Kematian Dilaporkan Hari Ini

Noor Hisham Abdullah2 03072020 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.