in

“Terkejut Burung Tu Dengar Akak Jerit”- Seorang Wanita Panik Ketika Tunggang Burung Unta Undang Tawa Netizen

Untitled Project 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mencuba untuk menunggang burung unta boleh dianggap perbuatan yang sangat berani kerana haiwan itu boleh berlari laju.

Burung unta juga dikenali sebagai burung terpantas di dunia dan kebanyakkan pusat pemeliharaan burung unta memberikan perkhidmatan kepada pengunjung yang ingin mencuba menunggang burung berkenaan.


Baru-baru ini tular satu video di TikTok dimana seorang wanita menunggang burung unta dan menjerit panik sejurus burung itu berlari laju.

Wanita itu dilhat baru saja duduk diatas burung dan tidak semena-mena, burung itu memecut laju sehingga pengunjung yang melihat kejadian ketawa terbahak-bahak.

Artikel berkaitan: Facemask Ciptaan Saintis Jepun Guna Sel Burung Unta, Akan Bercahaya Jika Pemakai Ada Covid-19

Artikel berkaitan: Majoriti Ada Bentuk Kaki Persis Burung Unta, Jom Kenali Puak Vadoma & Mutasi Unik Mereka

Jeritan wanita itu juga seolah mengeluarkan bunyi seperti burung berkenaan. Bagaimanpun, mujur tiada seberang kejadian tidak diingini berlaku.

Video berkenaan mendapat satu juta tontonan dan rata-rata komen tidak dapat menahan tawa melihat video itu.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.