in

“Terjun Je Lah Cepat!” – Orang Ramai Bersorak ‘Excited’ Tengok Gadis Ini Bunuh Diri

Suicide Clapping4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas empat jam ‘tersadai, gadis berusia 19 tahun ini bertekad untuk terjun dari tingkap hotel di bandar Qingyang Gansu.  Saat menyayat hati, mengejutkan, dan mengerikan ketika gadis itu jatuh,  orang ramai di bawah bersorak dan bertepuk tangan.

Kejadian berlaku pada 20 Jun sekitar pukul 3 petang, Seramai seratus orang berkerumun bawah  dan ada beberapa orang yang dilaporkan bersorak “terjun jelah cepat!” Ada juga yang menganggap wanita itu menjadi pencari perhatian,


“Terjun je lah cepat!” – Netizen

Suicide Clapping

Insiden itu telah dirakamkan dan di muat naik di media sosial di China, rata-rata memberikan  komen yang buruk seperti:

“Dah sejam saya tunggu di bawah matahari untuk anda melompat dari bangunan tu” 

“Lompat cepat, saya perlu mengambil anak-anak saya.”

Gadis yang dikenali sebagai Li mula bergayut di tongkat sementara ahli bomba berusaha untuk meyakinkannya agar sambut tangan mereka.

Namun menurut sumber Li membalas “Terima kasih, tapi saya perlu pergi,” sebelum melepaskan tangannya dan terjatuh. 

 

Bunuh diri sebab Depression pasal…

Suicide Clapping2

Menurut keluarga Li, dia rasa tertekan sejak dua tahun yang lalu selepas dia terkena gangguan seksual oleh gurunya. Dia meninggalkan surat dengan meluahkan rasa sakit hati terhadap guru tersebut dan ingin menuntut keadilan.

Dalam surat itu, Li menyatakan bahawa pada 5 September 2016, ketika dia berusia 17 tahun, semasa dia ingin pergi ke medikal di sekolahnya kerana mengalami masalah sakit perut. Guru Li, yang dikenali sebagai  Wu, pergi untuk memeriksa dia di kawasan berehat, dari situ dia mengambil kesempatan untuk tidak mengusap wajahnya, mencium mulutnya, dan menggigit telinganya.

Dia kemudian menyentuh bahagian belakangnya dan mengoyakkan pakaiannya. Nasib baik, guru lain masuk ke bilik perubatan dan Li dihantar kembali ke asrama.

 

Gangguan seksual oleh gurunya sejak 2 tahun lepas!

Suicide Clapping3

Pihak sekolah ambil acuh tak acuh endah tak endah je pasal hal ini, mereka hanya memerintahkan Wu untuk meminta maaf kepada Li dan kemudian memberitahu gadis itu untuk kembali ke kelas –  Wu pula masih berkhidmat sebagai gurunya.

Li kemudian  buat laporan polis  Walau bagaimanapun, ia masih tidak membantu apa-apa apabila mahkamah memutuskan tidak mengambil sebarang tindakan keatas Wu , dengan alasan bahawa tidak ada bukti yang mencukupi dan tindakan guru itu “tidak teruk.”

Video Li bunuh diri

Wu dibebaskan selepas 10 hari tahanan,  dia hanya didakwa menyentuh Li dalam satu proses  ‘pemeriksaan fizikal.’

Putus asa tuntut keadilan. Dia mengalami kemurungan. Menurut sumber, dia dah dua kali cuba membunuh diri dengan menelan pil sebelum menamatkan riwayatnya dengan menerjun bangunan itu.

Sebenarnya indisen macam ni bukannya pertama kali terjadi, ada beberapa kes yang lebih kurang sama kenapa mereka nak bunuh diri. Bahkan sewaktu insiden itu orang ramai siap main sorak-sorak lagi suruh mangsa terjun cepat-cepat

Baca : Bapa Tinggal Nota, Suruh Anak Kutip Mayat Lepas Bunuh Diri di Publika

Fisuicide

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.